Berita sekolah

Makluman Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung selama 3 hari mulai 13 September 2011 (Selasa) sehingga 15 September 2011 (Khamis). Hanya murid – murid yang terlibat sahaja perlu hadir ke sekolah sepanjang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana beberapa kelas akan digunakan untuk peperiksaan tersebut. Murid – murid yang terlibat adalah seperti di bawah:

Selasa(13/09/2011)
Murid yang perlu hadir
– Semua murid tahun 5 (Sesi Pagi)
– Semua murid tahun 2 (Sesi Petang)
Murid yang tidak perlu hadir
– Semua murid tahun 1 (Sesi Pagi)
– Semua murid Tahun 3 (Sesi Petang)
– Semua murid Tahun 4 (Sesi Petang)

Rabu(14/09/2011)
Murid yang perlu hadir
– Semua murid tahun 5 (Sesi Pagi)
– Semua murid tahun 3 (Sesi Petang)
Murid yang tidak perlu hadir
– Semua murid tahun 1 (Sesi Pagi)
– Semua murid Tahun 2 (Sesi Petang)
– Semua murid Tahun 4 (Sesi Petang)

Khamis(15/09/2011)
Murid yang perlu hadir
– Semua murid tahun 5 (Sesi Pagi)
– Semua murid tahun 4 (Sesi Petang)
Murid yang tidak perlu hadir
– Semua murid tahun 1 (Sesi Pagi)
– Semua murid Tahun 2 (Sesi Petang)
– Semua murid Tahun 3 (Sesi Petang)

16 September 2011 (Jumaat) merupakan cuti umum Hari Malaysia. Sesi Persekolahan akan bermula seperti biasa pada 19 September 2011 (Isnin)

Sekian untuk makluman dan terima kasih.