Berita sekolah

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2011

Sepanjang bulan Ramadhan ini Panitia Agama Islam telah merancang beberapa aktiviti bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini. Majlis pelancaran program Ihya Ramadhan ini akan diadakan pada 1 Ogos 2011.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :

  1. Tadarus Al-Quran
  2. Tabung Amal Jariah
  3. Memohon sumbangan untuk anak yatim dan miskin
  4. Buletin Ramadhan
  5. Bacaan Yasin setiap hari Jumaat
  6. Tazkirah pada setiap hari semasa perhimpunan pagi dan petang
  7. Mengalunkan bacaan-bacaan zikir, nasyid dan ayat-ayat Al-Quran pada setiap pagi
  8. Majlis Khatam Al-Quran pada 26 Ogos 2011

Kepada semua ibu bapa/penjaga, guru-guru SKTPP2 dan sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas berupa zakat atau hadiah kepada anak-anak yatim dan miskin boleh menghubungi Ustazah Rahayu bt Ghani pada atau sebelum 26 Ogos 2011.

Majlis penyerahan sumbangan ini akan diadakan serentak dengan Majlis Khatam Al-Quran.

Terima kasih dan diucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga SKTPP2 dan seluruh umat Islam.