Berita sekolah

GOTONG ROYONG PERDANA HARI GURU

Pada 15.5.2010 (Sabtu), jam 8.30 pagi, Guru-guru SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan ‘Gotong Royong Perdana” sempena sambutan ‘Hari Guru”. Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah menanam pokok dan pokok kelapa di sekeliling sekolah, membersih dan menceriakan kelas-kelas, membersih kawasan sekeliling sekolah dan membaiki kerusi / meja murid yang rosak. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan wang ringgit dan juga tenaga kepada semua guru yang terlibat.

Terima kasih… cikgu-cikgu semua